Thursday, January 14, 2010

Allah limpahkan rezeki kepada hamba yang murah hati

Firman Allah bermaksud " Dan tolonglah kamu dalam membuat kebaikan dan ketaqwaan, dan jaganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran." (Surah Al-Maidah, ayat 2). Sabda Rasulullah s.a.w., "Takutilah kamu akan bakil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mereka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka."
Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta dan cintai dunia semata-mata, dan menyebabkan lalai daripada mengingati Allah. Sikap suka bersedekah dan memberi pertolongan adalah sifat yang mulia, 'tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima'. Allah akan membuka seluas-luasnya rezeki orang yang suka bersedekah dan memberi rahmat kepada mereka.
Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh mengelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makhluk lain mengutuknya." Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Zubair bin Al-Awwam, bermaksud:"Hai, Zubair, ketahuilah kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, di kirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka sesiapa yang memperbanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah akan memperbanyakkan baginya. Dan siapa menyedikitkan, necaya Allah akan menyedikitkan baginya." Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a. Maka marilah kita tanamkan sikap suka bersedekah...

No comments:

Post a Comment