Sunday, January 17, 2010

Mana milik kita...


Tidak ada milik kita,
semua yg ada Allah yg punya,
tidak ada kita punya.
Kita hanya mengusahakan saja,
Apa yg kita dapat, Allah sudah sediakannya,
kita Allah punya.
Bumi langit kepunyaan-Nya.
Milikilah apa sahaja, tidak terlepas drp ciptaan-Nya.
Mana kita punya, tidak ada kepunyaan kita,
kita hanya mengusahakan apa yg telah ada.
Mengapa kita sombong,
memilik Allah punya.
Mengapa tidak malu kepada Allah yg empunya.
Patut bersyukur kepada Allah, yg memberi segalanya.
Malulah kepada Allah, kerana segalanya milik ia punya.
Jangan berbangga dengan apa yg kita ada.
Kalau Allah tidak memberikanya, kita tidak punya apa-apa.
Janganlah mengungkit jasa kita, jasa kita disisinya,
yg sebenarnya Allah punya.
Marilah bersyukur, bukan berbangga.
Bersyukur kepada Allah, bukan mengungkit jasa.
Gunakanlah nikmat Allah itu untuk khidmat kepada-Nya.
Selepas itu lupakan la saja.
Agar tidak mengungkit-ungkitnya.
Mana milik kita, tidak ada milik kita...
(Raihan)

Thursday, January 14, 2010

Waktu-waktu doa mustajab


  • Ditengah malam atau sepertiga malam yang akhir.
  • Selepas solat fardhu
  • Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
  • Ketika dalam peperangan atau darurat
  • Ketika sujud
  • Ketika dizalimi orang
  • Ketika musafir
  • Bapa mendoakan  kebaikan anak
  • Ketika wukuf di Padang Arafah
  • Selepas solat Asar
  • Ketika mahu berbuka puasa
  • Ketika sakit
  • Doa pada malam Lailatulqadar
  • Doa pada malam Jumaat
  • Doa dalam Masjidil Haram
  • Doa anak yang taat kepada ibu bapa
  • Doa raja yang adil
  • Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)
  • Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis
  • Berdoa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
  • Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah di Masjidil Haram
  • Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah

Allah limpahkan rezeki kepada hamba yang murah hati

Firman Allah bermaksud " Dan tolonglah kamu dalam membuat kebaikan dan ketaqwaan, dan jaganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran." (Surah Al-Maidah, ayat 2). Sabda Rasulullah s.a.w., "Takutilah kamu akan bakil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mereka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka."
Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta dan cintai dunia semata-mata, dan menyebabkan lalai daripada mengingati Allah. Sikap suka bersedekah dan memberi pertolongan adalah sifat yang mulia, 'tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima'. Allah akan membuka seluas-luasnya rezeki orang yang suka bersedekah dan memberi rahmat kepada mereka.
Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh mengelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makhluk lain mengutuknya." Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Zubair bin Al-Awwam, bermaksud:"Hai, Zubair, ketahuilah kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, di kirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka sesiapa yang memperbanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah akan memperbanyakkan baginya. Dan siapa menyedikitkan, necaya Allah akan menyedikitkan baginya." Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a. Maka marilah kita tanamkan sikap suka bersedekah...